Tuesday, January 26, 2010

Salam luar biasa 2010

Assalammualaikum... kini kita bertemu kembali dalam blog ni pada tahun 2010. Hari-hari yang mendatang semuanye berjalan dengan lancar dengan kehendakNya. Alhamdulillah semakin hari semakin sihat dan tentu anda semua berada keadaan yang sama. Lama dah tak tgok blog, macam terkubur je selama ni. Muncul kembali dengan semangat yang baru apabila kehidupan kita diberkati oleh Tuhan yang maha esa. Di mana kengkawan yang buat bisness tahniah saya ucapkan, rezeki anda semakin bertambah. Peluang terrbuka dengan rezeki yang luas ni. Saya sebagai pengguna merasa ada sesuatu kekurangan dalam hidup ni. Apa komen anda semua. Bersama-sama kita memperbaiki kehidupan kita dan beroleh pahala, di samping mendapat keberkatan. Amin.

Monday, June 22, 2009

Kunjungan bermusim

Salam...

Dah lama kiranya saya tak menulis blog ni. Maklumlah sibuk sangat dengan kerja harian. Ari ni baru kesempatan. Tak tau nak cerita apa. Ha... Ada ada... saya nak konsikan pada pembaca.. Alhamdulillah cuma saya dah dapat bonus dan sijil sempena jadi pengedar CNI. Walau pun pendapatan tak banyak, tapi akhirnya ada hasilnya juga kan.

Kepada pembaca semua kalau nak jadi macam saya dan nak jadi keluarga CNI teruskan.. Kita boleh gunakan barang CNI untuk seisi keluarga tau. Dari penjagaan kesihatan, diri, kegunaan harian dan kereta.

Sunday, November 23, 2008

ROYAL JELLY VITA-C



Untuk mengekalkan tulang dan gigi yang kuat dan sihat. Vitamin C larut air yang mudah diserap badan manusia. Apabila sel badan telah menyerap Vitamin C yang mencukupi, vitamin C yang berlebihan akan disingkir keluar dari badan. Ini bermakna, badan manusia memerlukan bekalan vitamin C yang tetap untuk mencegah pelbagai penyakit.SUMBER VITAMIN C
Sejak 200 tahun yang lalu, manusia telah mengetahui bahawa sayur-sayuran dan buah-buahan berkesan untuk memerangi penyakit skurvi yang amat menakutkan. Makanan awet seperti biskut, sayur masin, makanan jeruk dan makanan tin telah hilang semua vitamin Cnya. Vitamin C sayur-sayuran akan hilang sebanyak 50%-90% jika ia dimasak atau direbus terlalu lama. Semakin lama ia dimasak, semakin tinggi kadar kehilangan vitamin C. Oleh itu, bukannya mudah untuk seseorang memperolehi vitamin C yang mencukupi.Pada tahun 1934, manusia telah menemui kaedah untuk menghasilkan vitamin C. Ini merupakan satu pencapaian cemerlang dalam perkembangan diet manusia. Penemuan ini didorong kesulitan manusia memperolehi vitamin yang mencukupi daripada makanan harian kerana vitamin C biasanya hilang dalam proses memasak. Pesakit yang sedang menjalani rawatan vitamin C perlu makanan dalam kuantiti besar untuk memperoleh vitamin C yang mencukupi. Perbuatan ini bukan saja lucu malah menyusahkan. Akan tetapi, Vitamin C buatan manusia dapat mengatasi masalah ini berfungsi sebagai pengganti sayur-sayuran dan buah-buahan.SIMPTOM DAN KESAN KEKURANGAN VITAMIN C
Kekurangan vitamin C akan menyebabkan kesulitan bernafas, senak, hilang selera, pendarahan hidung dan gusi, gigi dan anamel yang lemah, mudah mendapat cedera dan lebam, artralgia, hilang ingatan, kurang daya tahan infeksi, proses penyembuhan tulang patah menjadi lambat dan kekurangan vitamin C yang serius boleh mendatangkan penyakit skurvi. Simptom utama kekurangan vitamin C ialah tisu pengalas vaskular akan menyebabkan pembekuan darah. Ini mungkin menjadi sebab utama penyakit jantung dan apopleksi. Merokok akan mengurangkan Asid Askorbik dalam darah. Dan nikotina akan menyebabkan badan manusia memerlukan Asid Askorbik dalam darah akan turun kepada 24-31%. Berdasarkan fakta ini, seseorang yang kuat merokok memerlukan lebih banyak vitamin C untuk mengisi Asid Askorbik yang hilang.KHASIAT

1.) Membantu mencegah penyakit skurvi
Sekiranya dalam suatu jangkamasa panjang kita tidak mengambil buah-buahan dan sayur sayuran, kita akan menghidap penyakit skurvi.2.) Memperkuatkan daya ketahanan badan
Menurut kajian ke atas binatang, vitamin C berkhasiat mencegah sel kanser. Selain daripada itu, ia juga mengurangkan ancaman kuman selsema.3.) Memperkuat rangka tulang
Untuk menghasilkan kolagen, protein diperlukan untuk mencantum bersama sel-sel sekaligus membentuk struktur tulang. la juga merupakan komponen utama bagi kulit, rawat dan gigi yang sihat.4.) Mendorong penghantaran impuls saraf
Penting dalam penghantaran impuls saraf, penggunaan zat besi, kalsium dan asid folik.5.) Mendorong penyerapan zat besiMeningkatkan daya penyerapan dan penyimpanan zat besi dalam tubuh manusia.
6.) Mengelakkan daripada sakit
Menguatkan daya tahan penyakit.7.) Menyembuhkan luka
Membantu menyembuhkan luka dan tulang patah.8.) Mendorong penghasilan hemoglobinMenghasilkan hemoglobin dan sel darah tulang
Saranan Pengambilan :
Kanak-kanak : 1-2 biji sehari
Dewasa : 1-4 biji sehari

Wednesday, November 19, 2008

Petikan daripada Flarebiz

Dipetik dari http://www.flarebiz.com/
Baiklah topik pada kali ini ialah berkenaan dengan satu frasa yang dipandang sinis oleh masyarakat kita iaitu "Jurujual". Bila kita berbicara tentang jurujual saya teringat satu kata-kata hikmah yang berbunyi "Jurujual yang hebat dapat menjual pasir kepada orang Arab dan dapat menjual peti sejuk kepada orang Eskimo". Kata-kata ini membuatkan saya tersenyum sepanjang hari seperti dilamun cinta kerana ada unsur-unsur kelakar tetapi maksudnya sangat mendalam. Apa yang dikatakan adalah betul .
Jika anda merupakan seorang jurujual yang hebat maka anda boleh menjual apa sahaja kepada sesiapa sahaja. Walaupun produk tersebut tidaklah bagus sangat tetapi anda tetap boleh menjual dengan jumlah jualan yang sangat hebat. Hatta jurujual lelaki yang hebat dapat menjual barangan wanita dengan jayanya . Sebab itulah Donald Trump sangat menekankan bahawa pemasaran sangat penting kepada peserta-peserta The Apprentice kerana walaupun anda mempunyai produk yang bagus, jika anda gagal untuk menjualnya maka anda orang yang gagal. you are fired!
Tahukah anda bahawa jurujual merupakan satu bidang yang professional tetapi sering dipandang hina oleh masyarakat kita. Bila kita sebut sahaja bekerja sebagai salesman maka adalah suara-suara sumbang mengatakan "Inilah dulu orang suruh belajar tak nak, sekarang sibuk dok ketuk-ketuk pintu rumah orang".
"Itulah rimas dibuatnya, mungkin rumah dia takde pintu kot " tambah suara sumbang yang lain.
Merekat tidak tahu bahawa di Universiti Harvard sudah diwujudkan satu bidang khas untuk menghasilkan jurujual yang hebat. Ini kerana setelah dibuat kajian mendalam, sangat penting untuk menghasilkan jurujual yang hebat bagi menyeimbangkan keadaan ekonomi negara. Jutawan-jutawan di Amerika Syarikat juga kebanyakanya adalah jurujual yang berjaya membuat jualan sehingga mencecah jutaan ringgit setiap tahun.
Hakikatnya yang perlu diterima ialah syarikat yang cemerlang adalah syarikat yang mempunyai jurujual kelas pertama manakalah syarikat yang baik pula mempunyai jurujual kelas kedua. Syarikat yang teruk pasti mempunyai jurujual yang kelas ke enam puluh . Jika anda ingin mempunyai satu perniagaan yang hebat maka pemasaran yang dilakukan perlulah hebat. Untuk melakukan pemasaran yang hebat anda sendiri atau jurujual anda perlulah cemerlang.
Konklusinya, jika anda selama ini anda memandang serong kepada salesman maka hentikanlah tabiat buruk tersebut. Sedarlah seorang jurujual sangat penting kepada syarikat-syarikat, produk-produk dan ekonomi negara kita. Saya sangat pasti jika anda mempunyai kemahiran pemasaran maka anda boleh hidup dimana-mana sahaja. Sebelum berakhir, ingin saya ulangi sekali lagi kata-kata hikmah di atas "Jurujual yang hebat dapat menjual pasir kepada orang Arab dan dapat menjual peti sejuk kepada orang Eskimo".
sekian.

ROYAL GINKGO

Informasi Produk CNI
http://www.cni2u. com

Apa itu Ginkgo?
Ginkgo adalah antara pokok tertua di dunia dan telah wujud semenjak 300 juta tahun dahulu. Sepohon ginkgo boleh hidup hingga 1000 tahun. la amat resistan/tahan terhadap serangan serangga, bakteria, virus, pencemaran dan penuaan.Daun ginkgo digunakan sebagai ubat tradisional semenjak 5000 tahun dahulu bermula di China dan telah berkembang penggunaannya di serata dunia. Produk ini semakin mendapat perhatian di eropah semenjak 30 tahun kebelakangan ini.Penyelidikan moden mengenai kandungan daun ginkgo telah dilakukan di Jerman 40 tahun lalu dan pada tahun 1994, ia menjadi herba no.1 yang diberikan oleh doktor di Jerman. Produk ini disahkan selamat dan berkesan oleh Jabatan Kesihatan Persekutuan Jerman. Pada tahun yang sama, ia adalah herba yang kelima yang terlaris jualannya di Amerika Syarikat.Kandungan
1.) Daun Ginkgo
2.) Royal JellyKeistimewaan Royal Ginkgo CNISetiap biji mengandungi 30ml pati ginkgo iaitu bersamaan 1500mg daun ginkgo dan 40ml royal jelly dan diadun bersama untuk memberi kesan maksimum.Kebaikan Ginkgo
1) Mengembangkan saluran darah dan meningkatkan keupayaan pengaliran darah dari/ke setiap tisu di seluruh tubuh sehingga urat saraf dengan lebih baik.2) Menghalang pengumpulan platlet berlebihan. Oleh itu risiko pembentukan darah beku yang mungkin menyebabkan serangan jantung, angin ahmar dapat dikurangkan.3) Anti pengoksidaan yang aktif terutama terhadap superoksida radikal bebas.4) Kandungan bilobalida mengandungi bahan pelindung sistem saraf.Manfaat ginkgo terhadap tubuh kita

Anggota
Kesan
Otak
Menambahkan pengaliran darah dan oksigen kepala ke otak. memperbaiki daya ingatan, meningkatkan kuasa tumpuan, memperkuatkan daya berfikir dan fungsi mental seperti lebih awas, Mengurangkan masalah nyanyuk.


Sistem Kardiovaskular
Mengurangkan kolestrol, mengawal tekanan darah, memperbaiki peredaran darah, mengurangkan risiko serangan jantung dan angin ahmar, mengurangkan kepekatan dan kemungkinan pembekuan darah.


Mata
Melindungi retina daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang menyebabkan mata menjadi kabur dan boleh membawa kepada buta


Telinga
Melegakan masalah bunyi berdesing di telinga (tinnius) dan pening (vertigo)


Tangan dan kaki
Membantu masalah kebas ditangan dan kaki, mengurangkan masalah bengkak, membantu masalah tangan dan kaki sejuk, membantu masalah sengal, lenguh-lenguh, kekejangan terutama di bahagian lutut dan ke bawah.


Sasaran Pasaran
1) Masalah urat saraf
2) Buasir
3) Ulser perut dan usus
4) Alahan
5) Masalah buah pinggang
6) Senggugut
7) Kecederaan di kepala
8) Asma
9) Masalah kardiovaskular
10) Angin ahmar
11) Paras kolestrol tinggi
13) Sengal-sengal sendi
12) Darah tinggi
14) Mencegah masalah penglihatan
15) Lemah tenaga batin bagi lelakiPeraturan pengambilan
1 biji, 2/3 kali sehari sebelum makan. Tambahkan 2/3 biji jika masalah ketara. Keasliaan kandungannya menyebabkan ia berasa agak pahit. Royal ginkgo boleh diambil bersama dengan ubat tetapi jarak pengambilan antara kedua-duanya sekurang-kurangnya 2 jam.Berapa lamakah Untuk melihat kesannya?Kesan Royal Ginkgo berbeza antara individu. Kebanyakan pengamal mengalami kesan yang nyata sehingga 4-6 minggu.Kesan Tindakbalas
Pada umumnya kebanyakan kes tiada kesan tindakbalas. Walau bagaimanapun sesetengah individu mengalami sedikit sakit kepala, perut tidak selesa atau ruam dan kesan ini biasanya hilang dalam tempoh 48 ke 72 jam.

Kepada Semua Pembaca

Assalamualaikum........ Kepada pembaca yang melayari blog saya harap dapat info berkenaan dengan produk kesihatan CNI yang dah lama buka tapi blum ada masa nak memblog. Sekaranng saya baru nak mencuba buka laman web sendiri untuk informasi kita semua. Kepada saudara Firdaus, terima kasih kerana banyak membantu dalam menjayakan blog ini.

Wednesday, November 12, 2008

CNI













Selamat Datang Ke Keluarga Besar CNI :)